Aku kaku di sini. Aku sudah tidak tahu untuk cuba mengenali seseorang. Aku lihat kiri, sakannya dia dengan kawan baru. Aku lihat kanan, riangnya dia dengan teman baru. Aku lihat diri aku, hmphhh hampeh. Aku keseorangan. Mungkin aku cuma terbawa-bawa sikap di Andalas yang kita tak perlukan ramai kawan untuk hidup gembira. Mungkin juga kerana aku fobia dengan perkara-perkara lalu. Ya, pengalaman mematangkan kita.
Di sini aku cuma harapkan manusia manusia ini untuk aku terus rasa aku tidak keseorangan :
THARIQ, ZAMEER, NIZAMUDIN, FARAH HANI, && YAYA
Tidak, aku tidak lemah. Aku cuma belum terbiasa di sini. Semuanya nampak lain dan pelik. Begitu juga cara mereka melihatku. "Annoying" dan "Freak". Maaf itu semua hanya luaran aku. Beri aku masa untuk sesuaikan diri.
Adakah aku akan berjaya harungi semua dan dapat membanggakan ibunda dan ayahanda yang masih menunggu sesuatu yang jayanya aku lakukan. Aku mahu menjadi seperti abang aku yang selalunya memaut "DEKAN" dalam genggaman.
Tetapi, mampukah aku? Aku masih merenunginya.





0 Hot Stuff:
Post a Comment